Ikan Haruan (Channa Striatus) adalah sejenis ikan air tawar yang banyak mengandungi khasiat yang penting dalam menyembuh penyakit. Seperti yang umum telah ketahui sejak zaman datuk nenek kita dahulu lagi sehingga kini ikan haruan ini mengandungi khasiat yang boleh menyembuhkan luka luaran dan dalaman seperti luka atau pembedahan bersalin atau pembedahan lain. Kebanyakan rakyat Malaysia mengamalkan memakan ikan haruan selepas bersalin. Ianya disediakan dengan pelbagai menu yang sesuai untk ibu selepas bersalin. Begitu juga dengan mereka yang menjalankan pembedahan lain biasanya di beri makan ikan haruan ini dalam masa 3 atau 4 minggu selepas menjalani pmbedahan.
Hasil daripada bukti-bukti penyembuhan yang ditemui ramai saintis terpanggil untuk membuat kajian dalam mengesahkan khasiat-khasiat yang terkandung di dalam ikan haruan. Kajian yang dijalankan berjaya menemui khasiat-khasiat yang terkandung di dalam ikan haruan ini dari isinya hinggalah ke lendir ikan haruan ini. Kajian diteruskan sehinggalah sekarang ini wujudnya produk dihasil kan seperti pati ikan haruan, sup ikan haruan dan krim untuk rawatan kulit.
Berikut adalah khasiat ikan haruan :
- Mengandungi sumber asli protein dan rendah lemak.
- Kajian juga menunjukkan iakan haruan mengandungi pelbagai biokimia yang penting untuk proses penyembuhan luka-luka dalaman
- Asid arachidonik dalam daging ikan haruan akan bergabung dengan asid dan bahan kimia dalam komponen kulit manusia antaranya asid amino, alanine, proline, argine, serine, leucine dan phenylalanine dan kesemua bahan kimia itu akan bergabung membentuk polypepetide yang bertanggungjawab menyembuhkan penyakit kulit pada tubuh penghidapnya seperti sclerosis, psiarosis, eczema, ichthyosis, dermatophytosis, lichenification, kurap, jerawat, bintik-bintik hitam, kurap, kayap, hinggalah kepada luka-luka kecil dan bengkak-bengkak
- Daging ikan haruan telah disahkan mengandungi kesemua asid amino dan asid lemak yang bermanfaat untuk proses perubatan dan penyembuhan penyakit kulit, parut luka dengan lebih cepat serta sesuai merawat gastrik.
- Lendir ikan haruan hanya perlu disapu di bahagian yang luka untuk proses pencantuman luka dengan cepat
- Mengandungi vitamin A yang berupaya meningkatkan daya ingatan, penglihatan, menjadikan kulit lebih halus dan mengandungi bahan anti oksida bagi fungsi melambatkan proses penuaan.
- Asid arasidonik untuk membantu pertumbuhan sel-sel baru serta kolagen bagi pengekalan kulit muda
- Kajian saintifik ikan haruan ini dilakukan oleh Prof. Saringat Hj. Baei dari Universiti Sains Malaysia (USM) . Ia mengandungi kolagen yang tinggi dan ia terbukti berkesan untuk penyembuhan pantas luka dalaman seperti selepas bersalin, pembedahan, kemalangan, berkhatan, ulser, gastrik & kecantikan kulit.
Khasiat ikan haruan sebenarnya lebih baik diperolehi dengan memakan ikan haruan segar. Namun adalah sukar untuk memperolehi ikan haruan segar ini terutama mereka yang tinggal di bandar atau di luar negara. Justeru, bagi memastikan khasiat ikan itu dapat dinikmati dengan cara yang lebih mudah, ia kini dihasilkan dengan dikeringkan. Tujuannya adalah mudah untuk diperolehi walau di mana kita berada.
Melalui kesedaran ini dan niat ingin membantu anda semua yang sukar untuk mendapat IKAN HARUAN KERING kini FZ GLOBAL sedia membantu anda dengan menjadi pemasar utama IKAN HARUAN KERING dan PEKASAM IKAN HARUAN KAMPUNG ( HARUAN LIAR)...... anda yang berminat sila hubungi Fadz di 0122730996 / 0173005383/ 0126890068 ATAU Email ke fzglobal3388@gmail.com
Sekiranya Tempahan dibuat melalui BLOG ini sila isi ORDER FORM
PROSES PENGERINGAN IKAN HARUAN KERING
HANYA RM17/250gram
PERINGATAN :
*** Untuk menjadikan Haruan Kering ini makanan kesihatan pastikan sebelum masak direndam selama 1 jam setengah untuk membuang kandungan garam di dalam ikan tersebut.